Perutusan Jurutera Daerah 2017




Selamat datang ke Portal Rasmi JKR Daerah LMS.

JKR Daerah LMS adalah merupakan antara pejabat yang paling penting di Jabatan Kerja Raya Perak dimana pejabat ini menjadi jabatan pelaksana untuk projek-projek negeri dan persekutuan bagi seluruh Daerah Larut, Matang dan Selama.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana Laman Web JKR Larut Matang & Selama telah dinaiktaraf dan disiapkan dengan baiknya. Kejayaan ini dan hasil dari usaha Webmaster dan kakitangan lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta di kesempatan ini saya mengucapkan syabas dan diharap maklumat-maklumat yang di dalamnya dapat dilengkapkan dari masa ke semasa.

Semoga dengan pengujudannya, dapat memberi maklumat-maklumat serta panduan kepada pelayar-pelayar mengenai JKR Larut Matang & Selama secara menyeluruh.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta kerjasama yang telah diberikan dalam membangunkan Laman Web ini.

Sekian, terima kasih.
 


Jurutera Daerah
JKR Larut, Matang & Selama,
Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.