Post Message
 


Mohd Faizal Bin Abd Aziz ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): Kerosakan Suis Elektrik Bangunan Makmal Komputer SKTemelok Trong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Untuk makluman pihak tuan,telah berlaku kerosakan elektrik di bangunan Makmal Komputer SKTemelok,Trong dimana semua suis lampu tidak boleh dihidupkan.Kerosakan mungkin di fius papan utama.Apabila fius ditolak keatas (ON),fius itu akan tendang balik ke bawah (OFF).

Oleh itu saya memohon kepada pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya kerana murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan gelap dan tidak selesa.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 05-8500317 / 012-3417405 faizal

Sekian Terima Kasih.


Isnin, 17 Ogos 2015
JAMILAH BINTI ANYAR ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): PEMBAIKAIN JALAN

Assalamualaikum..

 

Saya seperti nama di atas ingin memohon pihak JKR untuk membuat penambahbaikan taraf jalan utama di kawasan kilang Toyo Tyres (anggaran 200-300 meter selepas persimpangan lampu isyarat) kerana di dapati di laluan menuju ke kamunting, terdapat mendapam tanah yang mengakibatkan bonggol tajam di laluan tersebut. Masalah tersebut telah lama berlaku dan semakin hari bonggol di laluan tersebut menjadi semakin tajam dan amat berbahaya kepada semua pengguna jalan tersebut.

Sehubungan itu, saya memohon kerjasama dan keprihatinan pihak tuan untuk mengambil tindakan bagi perkara ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 012-5534893 / 05-808 1963(pejabat daerah taiping).

Sekian, terima kasih.


Jumaat, 31 Julai 2015
Powered by Phoca Guestbook