B.MALAYSIA | ENGLISH
     
Tema        
Warna Huruf        
 
 
 
 
TAIPING BANDAR WARISAN
MENGENAI KAMI
BAHAGIAN
PAUTAN JKR
STATISTIK PELAWAT
Hari ini 111
Semalam 130
Minggu ini 347
Minggu lepas 712
Bulan ini 1929
Bulan lepas 3923
Jumlah 56236
  • Selamat Datang Ke Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang & Selama, Perak Darul Ridzuan
 
 

Mengenai Kami

 

J.K.R Taiping terdiri daripada dua daerah iaitu Larut dan Matang berserta Daerah Kecil    Selama yang mempunyai keluasan 2,048 km / per. (800 b / per).

Dari cacatan silam yang dapat dikesan, JKR Taiping telah diwujudkan pada tahun 1935 dan berfungsi di sebuah bangunan dua tingkat di Jalan Taming Sari (dahulunya Jalan Besar), Taiping yang ketika itu dikenali sebagai "TOWN HALL" yang terletak berhampiran Padang Esplanade.

Di bangunan yang sama juga di atasnya pula merupakan Ibu Pejabat JKR Perak atau "STATE ENGINEER OFFICE" Bangunan ini telah pun dirobohkan pada tahun 1975 di mana tapaknya kini telah dibina sebuah bangunan Dewan Perbandaran Taiping yang baru.

Waktu pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 hingga 1945, pejabat JKR Taiping telah dipindahkan ke Sekolah Menengah King Edward VII dan pada masa itu pentadbiran ini diambil alih oleh Tentera Jepun dari tangan Pegawai Teknik British. Pada bulan Disember 1945, British telah kembali ke Tanah Melayu dan pentadbiran JKR telah disusun. Di waktu itu JKR Taiping ditempatkan di sebuah bangunan dipersimpangan antara Jalan Stesen dan Jalan Istana Larut.

Di antara tahun 1979 hingga 1980, satu perancangan membina sebuah bangunan baru dan tersendiri bagi memuatkan keseluruhan kakitangan telah dicadangkan memandangkan bangunan yang digunakan ketika itu (di Jalan Stesen) tidak lagi sesuai dan selesa bagi bilangan pekerja yang bertambah ramai. Hasil dari perancangan ini, dalam tahun 1981, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan projek pembinaan bangunan baru dan kerja-kerja pembinaan bermula 10.08.1981 dan telah siap pada 03.07.1983 yang menelan belanja sebanyak RM 2,326,843.00.

Pada 15.10.1983 pentadbiran JKR Taiping telah berpindah ke bangunan baru ini yang lebih selesa dan teratur beserta kelengkapan pejabat terbaru. Bangunan ini memberi pelbagai kemudahan kepada kakitangan di antaranya tempat letak kereta yang luas, ruang rekreasi sukan, kolam ikan dan landskap yang indah hasil dari usaha kakitangan secara bersepadu.JKR Larut Matang & Selama, Taiping sebuah jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang bertanggungjawab ke atas projek-projek pembangunan untuk Negeri dan Persekutuan.

Ianya merupakan salah satu jabatan yang memberi khidmat kepakaran teknikal kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan bagi merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mempertingkatkan mutu infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam serta prasarana yang lain seperti JALAN, BANGUNAN, LAPANGAN TERBANG, PELABUHAN DAN PENGKALAN.


 

 


 
INFO TERKINI

AL-FATIHAH

Dengan rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Busra Bin Juki, Penolong Jurutera (JA29), Bahagian Kontrak & Ukurbahan, JKR LMS telah kembali ke Rahmatullah pada 27/08/2014 jam 7.00 malam di Hospital Taiping.

Semua kakitangan JKR LMS mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan taulan Allahyarham. Semoga dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang soleh.


Makluman kepada warga JKR LMS bahawa Panduan Penggunaan "Single Sign On" Untuk Akses Ke Sistem-Sistem Terpilih Jabatan Melalui Portal JKR Malaysia. Panduan tersebut boleh didapati di MUATURUN laman ini.

Pengemaskinian Data Rekod Peribadi Dalam
Sistem
My-Kj dan diminta semua Warga JKRLMS mengemaskini data-data untuk urusan Pengenalpastian Kompetensi (CI), Urusan ke Luar Negara (E-Borang) dan Sistem Latihan. Maklumat-maklumat tersebut mestilah terkini, tepat dan relevan. Keterangan lanjut dan sebarang permasalahan, sila rujuk kepada
(Penyelaras My-Kj).

Kalendar
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang & Selama ?


Arkib
Galeri

   video    foto    audio

Media Sosial

     facebook-kementerian        facebook-JKR malaysia       RSS

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Jabatan Kerja Raya Daerah LMS Taiping.
Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

JABATAN KERJA RAYA DAERAH LARUT MATANG & SELAMA
Pejabat Jurutera Daerah, JKR Larut Matang & Selama, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak, Malaysia.

Tel: 605-8084040/8084841 Faksimili: 605-8084545 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

Paparan terbaik pada resolusi 1024px x 768px menggunakan : 
Internet Explorer 8++ Mozilla Firefox 10++ Google Chrome 

Kemaskini Terakhir : Selasa, 16 September 2014