B.MALAYSIA | ENGLISH
     
Tema        
Warna Huruf        
 
 
 
 
TAIPING BANDAR WARISAN
MENGENAI KAMI
BAHAGIAN
PAUTAN JKR
STATISTIK PELAWAT
Hari ini 43
Semalam 100
Minggu ini 494
Minggu lepas 712
Bulan ini 2076
Bulan lepas 3923
Jumlah 56383
  • Selamat Datang Ke Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang & Selama, Perak Darul Ridzuan
 
 

Soalan Lazim

 

1. Apakah yang dimaksudkan JKR Perak?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR Perak adalah sebuah jabatan negeri dibawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang ditadbir-urus oleh Kementerian Kerja Raya. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Perak bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat negeri Perak keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang mulia ini, JKR telah ditempatkan di setiap negeri dan daerah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.


2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Perak?

JKR Perak memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara termasuk merancang, merekabentuk, dan membina projek infrastruktur prasarana kemudahan awam di negeri kita. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong kepada sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.


3. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Perak?

Sudah tentu boleh! Pegawai dan Kakitangan JKR khasnya JKR Perak adalah terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bila ada tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui akhbar-akhbar utama.


4. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Perak?

Anda boleh menggunakan Aplikasi Direktori Warga JKR Perak untuk menghubungi kakitangan di seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Perak termasuk di JKR Cawangan dan Daerah.

5. Bagaimana untuk menghubungi JKR Perak ?

Alamat dan nombor telefon kami adalah sseperti di bawah:

Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan,
Ibu Pejabat JKR,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh Perak.

Tel: 05-2534041
Fax: 05-2415328

6. Bagaimana untuk sampai ke ibu pejabat JKR Perak?

Peta lokasi JKR Perak menggunakan kemudahan Google Map dan untuk sampai ke pejabat kami menjadi sangat mudah.

 
INFO TERKINI

AL-FATIHAH

Dengan rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Busra Bin Juki, Penolong Jurutera (JA29), Bahagian Kontrak & Ukurbahan, JKR LMS telah kembali ke Rahmatullah pada 27/08/2014 jam 7.00 malam di Hospital Taiping.

Semua kakitangan JKR LMS mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan taulan Allahyarham. Semoga dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang soleh.


Makluman kepada warga JKR LMS bahawa Panduan Penggunaan "Single Sign On" Untuk Akses Ke Sistem-Sistem Terpilih Jabatan Melalui Portal JKR Malaysia. Panduan tersebut boleh didapati di MUATURUN laman ini.

Pengemaskinian Data Rekod Peribadi Dalam
Sistem
My-Kj dan diminta semua Warga JKRLMS mengemaskini data-data untuk urusan Pengenalpastian Kompetensi (CI), Urusan ke Luar Negara (E-Borang) dan Sistem Latihan. Maklumat-maklumat tersebut mestilah terkini, tepat dan relevan. Keterangan lanjut dan sebarang permasalahan, sila rujuk kepada
(Penyelaras My-Kj).

Kalendar
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang & Selama ?


Arkib
Galeri

   video    foto    audio

Media Sosial

     facebook-kementerian        facebook-JKR malaysia       RSS

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Jabatan Kerja Raya Daerah LMS Taiping.
Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

JABATAN KERJA RAYA DAERAH LARUT MATANG & SELAMA
Pejabat Jurutera Daerah, JKR Larut Matang & Selama, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak, Malaysia.

Tel: 605-8084040/8084841 Faksimili: 605-8084545 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

Paparan terbaik pada resolusi 1024px x 768px menggunakan : 
Internet Explorer 8++ Mozilla Firefox 10++ Google Chrome 

Kemaskini Terakhir : Khamis, 18 September 2014